Saturday, September 4, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
 
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
 
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
 
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
 
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
 
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
 
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
 
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
 
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
 
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

Sumber : ILuvIslam

Thursday, August 26, 2010

Refresh Hati

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...


Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...


Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..


Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.


Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.


Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!




Friday, August 20, 2010

Gambar

Aktiviti meng-edit gambar ; )


Gambar Original
Second tryy editing.

At lasttt, tapi still no perfect enough.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan

 Image by Nur Khalisa

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KARIM!

Selamat Berpuasa ye Kawan-kawan! ;)


Penuh Dedikasi
4 Ihsan,
SMKA SHAMS

Thursday, July 29, 2010

Pertandingan Bola Jaring 2010!



Tahniah kepada pelajar 4 Ihsan kerana telah menjadi juara 12-7 dalam pertandingan di antara kelas! Bagaimanapun, kelas lain juga memberikan saingan yang sangat hebat.Tahniah juga kepada 4Islah kerana menjadi Naib Johan ; )

  • Hari : Khamis
  • Tarikh : 29 Julai 2010
  • Masa : 3.00- 4.30 petang
  • Tempat : Padang SMKA Sheikh Hj Mohd Said
Pemain Bola Jaring
  • Nur Azaharah   [GA]
  • Nur Hanisah   [GS]
  • Nur Khalisa   [WA]
  • Mishkat Nur 'Aisyah   [WD]
  • Ros Amyra Azira   [C]
  • Zunairah  [GD]
  • Noor Farhana   [GK]
Pemain Simpanan
    • Nurulainaa Amirah   [C]
    Pasukan Sorak
    • Noraina
    • Nurul Aqilah
    • Norjannah
    • Nur Atikah Fatin

    Friday, July 23, 2010

    Ujian Formatif 2


    Ujian Formatif 2 akan berlangsung pada 27 - 29 Julai bersamaan hari Selasa hingga Khamis. Oleh itu, semoga berjaya kepada pelajar 4 Ihsan. Do the best! Study okay jangan tak study! ; )

    Mood; STUDY ; )

    Amali Sembelihan


    Hari: Sabtu
    Tarikh: 17 Julai 2010
    Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
    Tempat: SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.



    Semua pelajar kumpul dekat Dewan untuk penerangan. Lepas tuh semua pergi dekat depan kuarters guru untuk aktiviti penyembelihan. Macam-macam gaya orang nak sembelih : )

    "Pengalaman membawa pengajaran...."

    Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

    Maksudnya:

    “Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

    (Riwayat Ibnu ‘Abbas)


    Thursday, May 27, 2010

    Selamat Hari Guru

    Guru pendidik mulia
    sudah berabad lalu
    bermandi keringat
    meniti gigi hari
    mendaki puncak tinggi
    di merata lurah dan denai
    menabur bakti
    tanpa mau dipeduli.

    Guru pendidik mulia
    bukan untuk dipuja
    atau di dewa-dewa
    siang dan malarnnya
    adalah perjuangan jua
    rela meluah bahagia
    menelan duka nestapa
    dengan senyum dan takwa
    biarpun sayup di hutan belantara.

    Guru pendidik mulia
    laksana kuntum kembang mekar
    memuncak nama pembela sejahtera
    abadi dalam harum nama.

    Khas buat pendidik di SMKA SHAMS

    Saturday, March 27, 2010

    Jamuan Ulangtahun Hari Lahir

    Jamuan Ulangtahun Hari Lahir
    Januari, Februari dan Mac

    Hari : Jumaat
    Tarikh : 26 Mac 2010
    Tempat : Kelas 4 Ihsan
    Masa : 3.00 - 5.00 petang

    Pelajar yang menyambut hari lahir adalah :-
    • Mohd Nazhif
    • Mohd Hanis
    • Mohd Hafiz
    • Ahmad Hazimin
    • Azfar 
    • Atikah Fatin
    • Nur Khalisa

     Akhir kata; Selamat Menyambut Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    Carta Organisasi 2010

    Guru Tingkatan
    • Ustaz Khairul Hidayat bin Berahim

    Ketua Tingkatan
    • Ahmad Hazimin bin Ahmad Kamal

    Penolong Ketua Tingkatan
    • Mishkat Nur 'Aisyah binti Ali

    Setiausaha
    • Noraina binti Norazam

    Bendahari
    • Ros Amyra Azira binti Rahim
                                   AJK Keceriaan                                        AJK Kebersihan               
                         Nur Khalisa binti Zulkarnain                               Nur Azaharah binti Zubli